SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG

Thursday, November 26, 2009

JAIS ABDUL KARIM PRESIDEN BARU GPMS KEBANGSAAN


Naib Presiden I Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden pada Persidangan Agung Tahunan Ke-55 di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas Datuk Seri Reezal Merican mengumumkan tidak mempertahan jawatan beliau.

Turut dilantik ialah Naib Presiden II yang juga merupakan Pengerusi GPMS Johor, Rosdi Amir sebagai Timbalan Presiden GPMS selepas menang tanpa bertanding bagi menggantikan Syed Anuar Syed Mohamad.

Tiga jawatan Naib Presiden yang dipertandingkan pula menyaksikan kerusi itu diisi oleh Pengerusi GPMS Perak, Hasnul Fairuz Hushin Amri selepas mendapat 432 undi, Timbalan Pengerusi GPMS Wilayah Persekutuan, Ezarudin Abdul Rahman, 317 undi dan Yang Dipertua GPMS Kuala Lipis, Hishammuddin Abdul Rahman, 254 undi. Jawatan Naib Presiden (Wanita) yang dilantik pula kekal milik Rafidah Mohd Ariffin.

Selain itu, jawatan ahli Majlis Tertinggi pula dimenangi oleh Ismadee Asmara Ishak, Mohd. Redzuan Mohamed Yusof, Mohd. Alif Anas Md. Nor, Khairul Adha Madzlan, Hazzaini Hashim dan Azham Abara Ahmad.

Penolong Setiausaha Agung GPMS, Zambri Md Isa dilantik sebagai Setiausaha Agung, manakala Bendahari diisi Anas Ahmad. Irmohizam Ibrahim dari GPMS Selangor pula dilantik sebagai Ketua Penerangan. Jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap masing-masing dimenangi oleh Hassanul Amir Abdul Halim dan Tajul Azmir Mustapha.

Jais Abdul Karim sebagai Presiden baru GPMS menyatakan bahawa GPMS adalah pertubuhan yang tidak berpihak kepada parti politik dan menjadi pertubuhan pertama tampil memperjuangkan isu-isu berkaitan Melayu. Beliau juga telah melakukan percaturan awal bagi meneruskan hala tuju GPMS agar terus ke hadapan.

Beliau menyertai GPMS sejak 1988 sebelum dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi pada tahun 1993 serta Naib Presiden I GPMS pada tahun 2006. Beliau merupakan seorang perunding motivasi yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).



Barisan Majlis Tertinggi dan Barisan Pengerusi Negeri sesi 2006/2009 bersama Veteran GPMS bergambar beramai-ramai bersama YB Dr. Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. semasa Persidangan Agung Tahunan GPMS ke-55.

Friday, November 6, 2009

Kursus Strategi Lautan Biru GPMS

Semua ahli GPMS Cawangan Sungai Pinang akan menyertai Kursus Strategi Lautan Biru GPMS Kebangsaan yang akan diadakan pada butiran seperti berikut:


Tarikh: 13 - 15 November 2009

Tempat: Stallion Appartment, Gelugor, Pulau Pinang.

Kursus tersebut akan dihadiri oleh semua
barisan
Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan dan beberapa Pengerusi Negeri GPMS. Y.Bhg Dato' Sri Reezal Merican dan Y.Bhg. Dato' Suhaimi Ibrahim akan hadir ke kursus tersebut.


Semua ahli GPMS Sungai Pinang diminta untuk berkumpul di hadapan Rukun Tetangga Sungai Pinang pada jam 9 malam untuk bertolak ke kursus tersebut. Sila bawa bersama kelengkapan pakaian untuk 3 hari.



Sdr Jais bin Abdul Karim sebagai pengarah program berkata di antara matlamat kursus tersebut ialah bagi memantapkan semangat serta jatidiri sebagai ahli GPMS. Menerangkan kepada ahli tentang fungsi dan peranan GPMS dalam perjuangan memperkasakan pendidikan anak2 Melayu.


Program ini juga akan diserta oleh rakan2 dari seluruh negara yang akan hadir.

Tuesday, October 20, 2009

100 PELAJAR TERIMA SUNTIKAN SEMANGAT HADAPI SPM 2009 ANJURAN: GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG


Alhamdulillah, seramai 100 orang peserta Program Pecutan Terakhir: Tips Menghadapi Peperiksaan SPM 2009 telah hadir bagi bersama mendengar tips terakhir sebelum menduduki SPM November ini. Program anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Sungai Pinang itu mendapat kerjasama yang cukup baik daripada seluruh penduduk DUN Sungai Pinang dalam merealisasikan program tersebut dengan jayanya. Y.Bhg. Dato Abdul Rashid dan Y.Bhg. Dato Mohd Shariff Ibrahim sudi hadir bagi menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta sebagai tanda mereka hadir ke program tersebut.


Pihak GPMS Cawangan Sungai Pinang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa Program yang bertungkus lumus membuat persediaan dalam menjayakan program ini. Sememangnya jasa dan tenaga seluruh J/Kuasa program amat dihargai dan disanjungi.






Dalam sesi ceramah yang pertama yang disampaikan oleh Sdr. Azdy Mohd Arshad ada menekankan tentang persediaan mental dan fizikal sebelum menghadapi SPM dan cara terbaik menguruskan stress dikala saat akhir sebelum peperiksaan. Manakala sesi ceramah yang kedua yang disampaikan oleh Sdr Ahmad Yakqub Nazri pula menekankan tentang betapa peri pentingnya peperiksaan SPM ini kepada para pelajar setelah hampir 11 tahun menjalani zaman persekolah dan biarlah pelajar itu tamat sekolah dengan jayanya dan menyambung pelajaran ke Universiti.


GPMS Cawangan Sungai Pinang bersedia membantu calon2 SPM yang ingin memohon khidmat nasihat tentang cara2 memohon masuk ke universiti dan mengisi borang UPU serta pelbagai institusi pengajian tinggi yang lain mahupun IPTA dan IPTS.

Selepas ini, insyaallah GPMS akan bersedia dengan program yang lebih hebat lagi bagi menghadapi tahun 2010 dengan UPSR, PMR, SPM & STPM. InsyaAllah....

-GPMS Cawangan Sungai Pinang-

Thursday, October 1, 2009

PROGRAM PECUTAN TERAKHIR: TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2009


Alhamdulillah, selepas berhempas pulas menubuhkan GPMS Cawangan Sungai Pinang ini, Akhirnya muncul dengan program petama iaitu:

Program Pecutan Terakhir: Tips M
enghadapi Peperiksaan SPM 2009

yang akan di jalankan oleh GPMS Cawangan Sungai Pinang bagi membantu pelajar-pelajar Melayu di kawasan DUN Sungai Pinang cemerlang dalam SPM yang akan datang.

Berikut adalah butiran tentang program tersebut:

Tarikh : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Tempat : Dewan Masyarakat Sungai Pinang
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tgh

Bayaran : PERCUMA

Penceramah:
  • Sdr. Ahmad Yakqub Nazri
YDP GPMS Caw Sg. Pinang
  • Sdr. Azdy Mohd Arshad
Timbalan YDP GPMS Caw Sg. Pinang


Semua CALON SPM 2009 yang berada di dalam kawasan DUN Sungai Pinang dijemput hadir ke program tersebut bagi bersama-sama menimba tips-tips bagi menghadapi Peperiksaan SPM yang akan disampaikan oleh penggerak-penggerak GPMS Cawangan Sungai Pinang.

Sesiapa yang berminat, Sila hubungi Sdr. Ikhwan di talian 013-5919 789 dan
terus hadir pada hari program tersebut untuk pendaftaran.





"BELAJAR TERUS BELAJAR"

Saturday, September 26, 2009

MESYUARAT AGUNG PERTAMA GPMS CAWANGAN SUNGAI PINANG TAHUN 2009













Alhamdulillah, tanggal 13 September 2009 merupakan hari yang bersejarah di mana GPMS Cawangan Sungai Pinang telahpun sec
ara rasminya ditubuhkan dan telah menjalankan Mesyuarat Agung pertama tahun 2009 bertempat di Rukun Tetangga, Kampung Sungai Pinang, Pulau Pinang.


Seperti yang dimaksudkan GPMS telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh 5 orang mahasiswa daripada Raffles College dan King Edward College bertindak selaku badan pendesak bagi memastikan survival pendidikan anak-anak Melayu terus terbela.



Atas dasar tersebut, GPMS Cawangan Sungai Pinang telah mengambil pendekatan untuk meluaskan keahlian termasuk penduduk dalam kawasan DUN Sungai Pinang dan sekitarnya agar GPMS dapat menjalankan peranannya sebagai agen pembangunan pendidikan anak-anak Melayu.






Seramai 50 orang ahli baru yang berdaftar hadir ke mesyuarat agung tersebut bagi memberi sokongan kepada Saf Kepimpinan baru GPMS Cawangan Sungai Pinang yang bakal menerajui GPMS di Sungai Pinang. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Sdr. Ahmad Yakqub Bin Nazri, Ahli Majlis Tertinggi GPMS Kebangsaan dan turut hadir ialah Sdr. Muzaidi, Wakil GPMS Negeri Pulau Pinang.



Sdr. Maman sedang menjaga kaunter pendaftaran mesyuarat agung tersebut.













Mudah-mudahan GPMS Cawangan Sungai Pinang mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT serta sokongan padu dari semua pihak demi memartabatkan pendidikan anak-anak Melayu di dalam kawasan DUN Sungai Pinang.


Wallahua'lam...

yasmin lawsuit